Wednesday, November 30, 2016

Menggunakan wang simpanan untuk kos rawatan kesihatan


(Kos rawatan jangkitan kuman RM40K)
Pagi tadi, saya ke pasar tani.
Kebetulan berjumpa dengan makcik yang biasa saya borong ikan bilis. Sudah lama makcik cuti berehat kerana mendapatkan rawatan kakinya.
Alhamdulillah, makcik sudah sihat dan ceria.
Makcik berkongsi, kos rawatan adalah RM40k hasil simpanannya. Anak-anak masing-masing ada komitmen, tidak dapat membantu.
Mereka pergi ke hospital pakar kerana mahukan rawatan cepat kerana sekiranya lambat kemungkinan jangkitan ke jantung. Saya semacam buat-buat faham, tetapi apa yang saya ambil ialah, makcik buat keputusan bijak.
Makcik kata, dulu kesedaran ambil kad perubatan tiada, jadi mereka bekerja untuk digunakan untuk kegunaan diri termasuk perubatan. Alhandulillah, semua anak-anaknya sudah ada kad perubatan.
Syukurlah, dapat makcik kembali sihat dan bekerja macam biasa.
Saya buat kira-kira, jika inflasi 5% setahun, makcik telah menabung purata lebih kurang RM159.43 sebulan selama 10 tahun untuk menampung kos perubatan hari ini.

Pesanan makcik, simpanlah duit dan ambillah takaful yang ada kad perubatan selagi muda dan sihat.

Aisyah Hamsan

Sunday, November 27, 2016

10 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM BERTUKAR KERJAYA



10 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM BERTUKAR KERJAYA

Selepas membuat analisa, jika sebelum ini saya mahu bertukar kerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa, namun tidak layak untuk diteruskan kerana banyak faktor yang tidak mengizinkan.

10  Tips ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi yang bertukar kerjaya daripada makan gaji 8-5 kepada bekerja sendiri 24/7.

Jom kita semak sebelum bertukar kerjaya.

1) Mengenalpasti mengapa bertukar kerjaya.
Keluarkan sehelai kertas, sila muhasabah, mengapa aku hendak bertukar kerjaya?
Senaraikan sebanyak yang mungkin. Contoh: mendapatkan masa yang lebih flexible, menambahkan pendapatan, mahu ikut suami berpindah,  mahu keluar dari zon selesa, mahu larikan diri dari masalah, tidak sanggup menanggung beban kerja sehingga stress dan lain-lain.
Perhatikan senarai tersebut, jika ia membawa kepada kebaikan, teruskan. Tetapi, sekiranya, kita bertukar kerjaya kerana masalah diri yang tidak disiplin, selagi tidak ubah, masalah yang sama juga turut berlaku.
Perkara ini sangat penting kerana sekiranya selepas kita bekerjaya baru, kemudian terdapat halangan, kita boleh rujuk balik, “mengapa aku bertukar kerjaya”.
Menjadikan kita lebih fokus terhadap apa yang perlu kita capai dan dengan mudahnya akan melawan segala halangan mendatang.

2) Membuat kira-kira kewangan
Cuba buat kira-kira, pendapatan dan perbelanjaan. Sekiranya sudah mempunyai suami atau anak-anak, kirakan berapa tanggungan yang kita perlu bayar. Contoh: Pendapatan sebanyak RM4,000. Perbelanjaan yang kita tanggung hanya RM2,000 iaitu yuran anak RM500, bayaran ansuran kereta RM1,000 dan bayaran balik pinjaman pelajaran RM1,000.
Daripada contoh di atas, kita masih mempunyai tanggungan RM2,000. Oleh itu, kita perlu mencari kerja yang dapat balik sekurang-kurangnya minima perbelanjaan kita. Jika tidak, kewangan kita akan bermasalah.

Kewangan yang stabil sangat penting. Sekiranya pendapatan sekarang kurang, kita perlu tambahkan pendapatan sehingga cukup perbelanjaan. Boleh mulakan dengan kerja part-time dahulu.
Kadang-kadang juga kita hanya perlu kerja lebih masa sahaja tanpa bertukar, cuma tambah. Sekiranya kerja part-time lagi banyak pendapatan, lebih 2-3 kali ganda, boleh la fikirkan, kalau kerja part time sudah begini, apa lagi bila buat sepenuh masa.

Matlamat kewangan peribadi juga tidak sama tapi kebanyakkan mahukan bebas hutang dan pendapatan pasif.

3) Menyediakan simpanan minima 6 bulan
Sebelum berhenti kerja, pastikan kita mempunyai tabungan minima 6 bulan gaji sekarang. Seafdalnya ialah 3 tahunan gaji. Ini adalah untuk persediaan seandainya perancangan kita tidak seperti yang kita harapkan. Jadi, kita masih boleh berbelanja seperti masih bekerjaya yang dahulu.
Simpanan perlulah yang mudah cair seperti simpanan di akaun simpanan dan Tabung Haji. Emas juga boleh dikira simpanan, tapi perlu kira nilai susut nilai sehingga 30% dari harga sekarang untuk dijual semula.

Disiplin diri sangat penting agar kita tidak menggunakan wang simpanan sewenang-wenangnya. Seharusnya mempunyai senarai perbelanjaan tahunan, bulanan dan harian. Mulakan dengan mencatat segala perbelanjaan agar kita boleh buat unjuran pendapatan yang perlu kita dapatkan.
Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan mulalah membuat simpanan. Bab kewangan sangat luas, boleh rujuk perunding kewangan anda.
Nasihat saya, jangan sesekali menghentikan polisi takaful seandainya terdapat kesempitan kewangan.

4) Menyediakan jadual waktu
Jadual waktu selepas bertukar kerja juga perlu dibuat. Jika sebelum ini 8-5 petang berada di pejabat, mungkin bila bertukar kerjaya, 24 jam dan 7 hari itu kita yang perlu uruskan. Mungkin juga, ada rutin yang perlu diubah bagi menyesuaikan diri dengan kerja baru.
Jika perlukan bantuan diary, planner, organizer, reminder, sila cari. Sila masukkan sekali peruntukan masa untuk diri, keluarga, kerjaya, agama dan masyarakat.
Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.

5) Menambah kepakaran
Bila sudah siap kira-kira tanggungan dan jadual, cuba bayangkan kita berada di kerjaya idaman kita. Kenalpasti skill tambahan serta ilmu yang diperlukan untuk menaik taraf diri. Cuba bayangkan, jika kita orang yang sama tetapi membuat kerja yang berbeza, apakah outcome yang kita jangkakan. Jika dahulu, kita ada bos yang boleh tegur, system punch card untuk pantau kehadiran dan masa masuk dan keluar pejabat, rakan-rakan sekerja yang sama-sama bekerja dalam satu pasukan dan anak-anak yang perlu dihantar ke pengasuh.
Jika kita mahu bertukar kerjaya yang mahu bekerja di rumah sebagai contoh, bagaimana dengan anak, mahu asuh sendiri atau tidak?
Jika dahulu kita tiada kepakaran asuh sendiri, maka itulah ilmu yang perlu dituntut sebelum bertukar kerjaya.
Bagi saya, benda yang saya perlu baiki ialah pengurusan masa dan ilmu keibu bapaan. Oleh itu, saya telah meluangkan masa dan sediakan peruntukan untuk pergi ke seminar dan kursus-kursus.
Seminar Work Life Balance timeREVAMP Supermommy dari Puan Husna Haron sangat membuka minda saya.
Dari situ barulah saya faham, apa yang saya mahukan dalam hidup ini.
Antara Seminar yang saya pergi ialah berkaitan bisness, marketing, parenting, potensi diri dan networking.

6) Menyenaraikan kesan positif dan negative dari bertukar kerjaya
Kehidupan kita, tanggungjawab kita.
Pastikan keputusan yang dibuat berdasarkan rasional bukannya emosi seperti sentiasa dimarahi bos, jadi merajuk, tukar kerja. Kita perlu ingat, kerja merupakan ibadah. Jadi, sebaik-baiknya kerja baru itu adalah menjadikan kita lebih baik bukan sebaliknya.
Sila juga berani tanggung risiko dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap keputusan kita. Senarai itu adalah menjadi asas untuk kita pertimbangkan samada perlu teruskan kerja, tukar jabatan, tukar negeri, tukar bos sehingga tukar kerjaya.

7) Mencatat tarikh mula bertukar kerjaya
Perkara ini sangat penting kerana bila ada target, kita akan lebih focus. Ini memudahkan untuk kita merancang seperti kerja-kerja tertangguh yang perlu diselesaikan segera. Sebaik-baiknya selesaikan kesemua hutang kerja, jika tidak boleh, hand over perlu dijalankan dengan baik. Biarlah kawan yang mengambil alih tugasan kita, faham dan laksanakan seperti yang kita harapkan.
Bila sudah ada tarikh, lakukan kerja macam biasa atau lebih baik. Biarlah kita meninggalkan tempat lama dengan nama baik, legasi yang akan dikenang. Bukannya tahi yang perlu dibersihkan orang.

8) Jangan bakar jambatan yang sudah dibina
Ini sangat penting kerana, kehidupan kita ibarat roda. Ada masa kita berada di atas, ada masa berada di bawah. Hubungan pekerja dan majikan mungkin berakhir tetapi hubungan persahabatan dan setia kawan harus dikekalkan. Mungkin kita akan disingkirkan dalam group whatsap yang ada bos, tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh berhubung dengan rakan setugas dan ketua kita. Mungkin juga kerjaya kita akan datang memerlukan mereka. Siapa tahu?
Jangan sesekali memburukkan orang lain. Telan sahaja apa yang pahit, kerana kadang-kadang pahit itu juga boleh jadi ubat. Bawa yang baik dan positif sahaja dan jalan terus.

9) Menjadi orang lebih baik
Bila tertukar kerjaya, yang lebih baik adalah kita menjadi lebih baik bukan. Lebih baik dari pengurusan masa, dari didikan anak, dari hubungan kekeluargaan dan kewangan.  Bersediakah kita untuk menjadi lebih baik dan lebih memberi manfaat? Bincang bersama keluarga atau pasangan, apa yang kita mahu lakukan dan apa yang kita diharapkan daripada bertukar kerjaya. Ada kalanya tidak perlu bertukar kerjaya, cukup ubah rutin dan menjadikan diri lebih effisien.

10) Berdoa dan bertawakkal semoga dipermudahkan
Konsep tawakkal adalah selepas berusaha kita berserah. Lakukan solat istikharah dan mohon doa. Semoga apa jua tindakan, keputusan kita adalah dari Allah. InsyaAllah bila kita sudah membuat perancangan dan persediaan yang rapi, kita akan dapat atasi dengan baik.

Kesimpulannya, bertukar kerjaya adalah sesuatu yang sangat penting. Ia adalah soal kehidupan. Persediaan untuk hari abadi.

10 perkara perlu disemak sebelum membuat keputusan bertukar kerjaya:
1) Mengenalpasti mengapa bertukar kerjaya.
2) Membuat kira-kira kewangan
3) Menyediakan simpanan minima 6 bulan
4) Membuat jadual waktu
5) Menambah kepakaran
6) Menyenaraikan kesan positif dan negative dari bertukar kerjaya
7) Mencatat tarikh mula bertukar kerjaya
8) Jangan bakar jambatan yang sudah dibina
9) Menjadi orang lebih baik
10) Berdoa dan bertawakkal semoga dipermudahkan

Terima kasih kerana membaca. Saya berharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan panduan. Jika anda rasa post ini bermanfaat, silakan share, agar ramai lagi mendapat manfaat.

Tuesday, November 1, 2016

Hidup atau meninggal tetap dapat duit


Plan apa ni?
Ada ke?
Ini sangat bagus!!



Itulah ayat pertama yang terpacul dari bekas prospek saya.

Siapalah yang mahu membantu diri sendiri jika bukan diri sendiri bukan? Plan ini umpama tabungan persaraan. Sangat bagus kepada yang masih sihat dan masih belum ada pelan persaraan.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi ejen PruBSN Takaful yang anda selesa.

Sempena masih ada promosi tanpa medical check-up dan nilai pampasan sehingga RM4juta, jadi jangan lepaskan peluang. Sudah lebih RM12juta terjual....anda tidak mahu ke?

Aisyah Hamsan


Saturday, October 22, 2016

Hadiah terakhir









Video pendek yang dibuat menggunakan iphone 4S.



Video ini mengisahkan seorang janda bernama Zarita beranak 2 yang kehilangan suami. Hampir mereka mahu pulang ke kampung kerana tiada wang untuk meneruskan kehidupan.



Ketika berkemas, Zarita teringat akan beg hitam pemberian arwah suaminya. Beg hitam itu telah mengubah hidup mereka. Akhirnya Zarita menjadi usahawan terkemuka demi membesarkan anak-anak peninggalan suami.



Rupa-rupanya suaminya ada mengambil plan hibah takaful RM1.5Juta. Jom layan video ini. Alhamdulillah, saya telah menang dalam pembkinan video pendek ini. InsyaAllah akan membuat lagi video pendek untuk memberi perkongsian berkenaan hibah takaful.















Alhamdulillah.







Siti 'Aisyah Hamsan

Perunding Takaful

PruBSN Takaful


Mahu kirakan komitmen takaful anda?

Ayuh, masih belum ada takaful? Jangan gusar, sila whatsap 019-3806159 Nama, Tarikh Lahir, pekerjaan dan status merokok.