Selamat datang ke blog khas untuk saya kongsikan mengenai hal-hal berkaitan takaful, perancangan kewangan dan motivasi.
Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan seorang hamba Allah, anak kepada kedua ibubapa, isteri kepada suami tercinta, ibu kepada 4 orang cahaya mata dan sahabat kepada anda semua. Berasal dari Johor, merupakan anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik.
Pendidikan awal bermula di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Johor selama 6 tahun. Seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Maahad) Muar, Johor selama 3 tahun dan berpindah ke Maktab Rendah Sains MARA Jasin jurusan Sains Gunaan ketika di tingkatan 4 dan 5. Selepas SPM, saya meneruskan pengajian Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis dalam jurusan Perakaunan selama lebih kurang 2 tahun sebelum meneruskan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). 5 tahun di UTP berjuang bersama rakan-rakan dan juga tempat bertemu jodoh. Alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian di UTP dalam jurusan Kejuruteraan Kimia (Petroleum).
Sebelum menceburi bidang Takaful ini, saya merupakan bekas pekerja di syarikat minyak dan gas multinasional. Pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Perancangan Exporasi dan Kemajuan Joint Venture Malaysia ( JV Development & Exploration Domestic Planner) selama 2 tahun di KLCC. Seterusnya sebagai Pegawai Perancangan Pemantauan Produksi (Production Surveillance) selama 5 tahun di Kerteh, Terengganu.
Bersyukur dipertemukan dengan CEO Sixma Group Prudential BSN Takaful, Puan Hajah Nik Nor Roslina yang menjadi idola untuk saya berjaya sepertinya. Antara nasihatnya ialah jadilah hamba yang taat perintah Allah, hormati dan berbakti kepada ibu bapa, taati suami, sayangi anak dan keluarga serta jalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh. Agensi di bawah naungan beliau merupakan Agensi Terbaik Top 10 seluruh Malaysia dengan pencapaian 11 Million Jualan pada 2015 dengan 9 rangkaian seluruh Malaysia. Beliau telah dianugerahkan Presiden Club dan hanya seorang sahaja wanita Islam yang berjaya merangkulnya. InsyaAllah saya bakal menyusul.
Alhamdulillah, saya sangat gembira menjadi Agen Takaful dan berdoa semoga terus maju dalam bidang ini sehingga membina agensi sendiri iaitu Agensi Insyirah.
Blog ini adalah doa kepada cita-cita saya.
Terima kasih di atas sokongan anda menjadikan saya Agen Takaful pilihan anda,
Salam Sayang,
Siti 'Aisyah Hamsan
Takaful Wealth Planner
019-3806159

